Friday, February 12, 2010

TERIMA KASIH


Melafazkan TERIMA KASIH tidak mungkin boleh menggambarkan besarnya satu-satu pemberian. Kerana TERIMA KASIH semata tiadalah menzahirkan rupa pemberian yang diterima. Melainkan mengubah sedikit nada lafaznya atau menambah besar sifatnya. Seperti contoh begini mungkin;
Terima kasih banyak !
Terima kasih banyak-banyak !
Terima kasihlaaaa..
Ada pula berkata begini ; Terima kasih daun keladi kalau sudi beri lagi.
Terima kasih begini maknanya budi bahasa.


Apapun pada saya TERIMA KASIH itu balasan rasa. Sifatnya ada dihati….Dan saya mahu mengambil peluang hari ini untuk menyatakan rasa setinggi-tingi Terima Kasih saya kepada…,

Yang Berilmu dan sangat bertekun. Pengetahuan mereka sungguh luas dan amat mendalam. Mereka giat berkarya. Walau karya mereka mencecah nilai ratusan ringgit atau walau apapun niat disebalik karya itu, bukanlah itu jadi perkiraan. Kerana masih boleh bertanya “Kenapa bijaksana tidak ditimbang jika mahu memilih teman memberi pedoman?”

TERIMA KASIH BUAT PARA PENULIS.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Puan shonita. tak sangka jumpa blog puan. saya Mohd Ashrafi bekas peserta kursus BTN 18-22 Feb di Mimpian Jadi. (Ni pun baru sampai rumah ni).

    Terima kasih banyak banyak (terima kasih laaaa....) atas segala bimbingan dan jaga kami sepanjang kursus. semoga anda sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. aamiin Ya Robb

    http://mohdashrafi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Fikiran yang baik bakal membuahkan tulisan yang bermutu,
    Tulisan yang bermutu melahirkan pembaca yang berilmu,
    Pembaca yang berilmu melahirkan generasi maju..

    "Alghaligh"
    Assuffi@blogspot.com

    ReplyDelete