Sunday, September 27, 2009
Wednesday, September 23, 2009
MAHU TAHU
Siapa tahu, berapakah jumlah wang yang akan dia miliki dalam tempoh hayatnya? Adakah dia untung jika tahu akan jumlahnya? Mari fikirkan bersama dengan menilai contoh ini,
SEKADAR ANDAIAN ;
Tempoh hayat adalah 45 tahun. Jumlah wang tersedia ialah 2 juta.
Tempoh hayat adalah 30 tahun. Jumlah wang tersedia ialah 5 juta.
Tempoh hayat 70 tahun. Jumlah wang tersedia ialah 1 juta.
JADI
Apakah Nasihat Anda Kepada 3 Individu Yang Dicontohkan ?
*******************************
Bersetujukah anda jika dikatakan urusan wang memang bikin pusing kepala! Walau sedikit jumlahnya, tidak sebanyak duit para jutawan tetap juga urusannya tidak mudah bukan ? Malah permusuhan dan dendam kadang timbul hanya semata kerana urusan wang.
Setiap kita ada wang, walau nilainya berbeza. Justeru mungkin kerana bezanya jumlah wang kita maka hidup kita berlainan rentak. Begitulah wang membezakan kita manusia. Benar, banyak wang itu penting, tapi cara kita memperolehinya jauh lebih penting. Seperkara lagi mahu disoal ialah ;
WANG ! SAMAKAH DENGAN REZEKI ?
Jika tidak punya wang, mungkin boleh berhutang. Tapi apakah kita akan berhutang jika tiada rezeki? (Tiada rezeki - bolehkah anda katakan demikian ?)
Jika perlukan banyak wang, bank boleh beri pinjaman. Tapi bolehkah juga bank memberi pinjam rezeki ?
Saya tidak berhajat menjawab. Hanya MAHU TAHU ;
SAMPAI BILA AGAKNYA URUSAN WANG AKAN SELESAI…..
Monday, September 21, 2009
SALAM SYAWAL
SITUASI 1
Bestnya esok raya, Bebas !! Itu kata sepupu saya yang berumur 8 tahun tentang ketibaan Syawal.
Mendengarnya saya bertanya lagi kepadanya. Apa bezanya Hari Raya dengan hari bukan Raya. Katanya; Hari Raya kita BEBAS ! Bebas jalan kemana-mana tanpa kena marah.
Wow, besarnya bunyi MERCUN. Siapa punya tu ah, kau tunggu ! Nanti kita lawan mercun mercun siapa lagi besar bunyinya. Itu kata anak saudara...,
Beginikah hari Raya. Macam sambut tahun baru saja. Ya, seperti juga menyambut merdeka. Kadang tak ubah macam tahun baru Cina.
Begitulah anak Bulan Syawal disambut. Perang Mercun ! Takbir di surau hampir dilupakan.
SITUASI 3
APAPUN SITUASINYA
Selamat meraikan Syawal Yang Mulia Dan Maaf Zahir Dan Batin
Moga Keredhaan Illahi Sentiasa Bersama Kita.
Wednesday, September 2, 2009
SAMPAI DI MANA
Dalam rasa yang giat menggelora keresahan, mata terpaku pada kalangan manusia yang berada dalam kapal yang sama. Kelihatan mereka sangat sebok. Sebok dengan hal yang seperti tak berkesudahan…...,
Ada yang tanpa putus asa, menampal papan kapal yang kian banyak bocornya.
Ada yang tanpa rasa peduli, dengan berani membocorkan kapal.
Ada yang hampir tak menang tangan mencurahkan air kembali ke laut.
Dan Sungguh Hairan;
Dalam ketidaktentuan gelagat manusia yang berada dalam kapal itu…
Ramai yang masih terus bersuka ria
Ramai juga yang hangat bertikam lidah
Dan Ketika Itu SAYA bagaimana ?
Saya BERMIMPI sebenarnya. Tak sempat saya mengikuti pelayaran itu sehingga tempat dituju, saya pun terjaga. Bangun dari lena yang amat meresahkan. Tapi...,
Bermain difikiran saya.....
Jika benarlah mimpi itu,
Di manakah nanti kapal itu akan berlabuh?
Tuesday, September 1, 2009
31 OGOS DATANG LAGI
31 Ogos datang lagi. Dalam Takwim Negara tarikh ini sungguh keramat. Semua orang tahu kenapa? Namun, cuba kita tanyakan; Apa bezanya 31 Ogos kini dengan 31 Ogos yang telah meninggalkan kita 52 tahun dahulu?
Sebahagian peristiwa dikhabarkan….,
Dulu dengan ubi kayu mereka hidup. Tapi sekarang anda hidup dengan aneka hidangan, namanya pun susah disebut oleh moyang kita – seperti Pizza Hut!
Dulu jika ke pasar minggu dengan wang RM 10.00, penuh barang di tangan Tapi sekarang meminum secawan kopi pun harganya mencecah RM 10.00 – anda tahu di mana tempatnya ?
Dulu bendang itu sumber rezekinya si petani. Sekarang ia menjadi milik para taukeh kaya. Malah , ada yang berubah wajah, bukan padi ditanam tapi di atasnya tersergam mewah rumah si kaya raya.
Mendengarnya begini, banyak yang terdetik dihati. Sayu, Kecewa ! Entahlah.., tapi mungkin juga tidak.
Sebenarnya apa yang mahu dicari pada 52 tahun dahulu? Sedangkan kalau ditonton cerita 52 tahun dahulu, tentu warnanya hitam putih. Dan siapa yang akan suka ? Namun andai benar ada yang hilang soalnya…
Dapatkah kita mencari apa yang hilang sepanjang perjalanan masa. Ya, perjalanan selama 52 tahun kita merdeka.
Kita tanyakan semangat kita. Benarkah semangat 2009 ini berkobar sebagaimana membaranya semangat 1957 dahulu? Mungkin keterlaluan tuduhan ini; Menyaksikan meriahnya 31 Ogos ini macam satu pesta. Ia bukan symbol perjuangan tapi pentas hiburan.
Lalu dijawab; jangan samakan dulu dengan sekarang. Ini zaman kita mengisi kemerdekaan…, Perjuangan itu bukan hanya di medan tempur saja. Setelah mendengar tentang semua yang dibicara, mengangguk kepala cuma "Kotakanlah kata-kata kamu tentang perjuangan demi negara" kerana sangat ingin rasanya menyaksikan perjuangan di era baru ini.
Tapi tak selesai persoalan, bertanya lagi;
Apakah kerana zaman maka kita berubah cara. Zaman akan sentiasa berubah. Dan apakah, akan dibiarkan saja Zaman menentukan segala jenis dan hala perubahan?